30 July 2010

Bacaan Al-Quran

Surah Al-Mulk: Syeikh Rasyid Misyari Al-Afasy

27 July 2010

Ceramah sempena menyambut Ramadhan



sambungan



sambungan



sambungan



sambungan



sambungan

26 July 2010

Cahaya mata pertama buat Md. Zaki


Salam 2U all.

Dengan kelahiran baby ini maka bertambahlah seorang lagi ahli keluarga Wak Sahir. Baby ini juga merupakan cicit kedua kepada arwah Wak Sahir. Telah dilahirkan pada 24 Julai 2010 jam 11.50 malam hasil perkahwinan Md. Zaki Mahathir dengan Izni Fadzlina pada 23 November 2008.


05 July 2010

Aku Seorang Anggota Felsco

15 Julai 1989 merupakan hari pertama aku mula melapur diri sebagai Gad II (pengawal keselamatan) dengan Perbadanan Keselamatan Felda di Felda Palong 4, Gemas, Negeri Sembilan. Selepas lapur diri aku dihantar untuk bertugas di Pos Puting iaitu di Felda Palong Timur 3. bersempadan dengan Kampung Puting, Batu Anam, Segamat manakala tempat tinggal aku pula di Felda Palong Timur 3. Jarak rumah yang aku tinggal dengan pos tempat bertugas lebih kurang 5 km melalui jalan ladang kelapa sawit.

Aku meminta bantuan abang untuk membeli sebuah motosikal untuk berulang alik ke tempat bertugas. Inilah motosikal aku yang telah dibeli di Jalan Gombak iaitu Honda XL (scrambler).

Belum pun setahun aku di Pos Puting, aku telah dipindahkan ke Pos Kampung Mensudut Lama dan tinggal di Rumah Kakitangan, Felda Palong Timur 4, Segamat, Johor. Di sini aku tinggal berempat termasuk aku iaitu Zamran, Zulnaidi dan Sabri (Awe). Dimana mereka sekarang, aku pun tak tahu. Aku harap mereka semua dalam keadaan sihat wal'afiat.

Di Palong Timur 4 merupakan tempat yang paling seronok aku tinggal pada ketika itu kerana mempunyai masyarakat yang terdiri dari kakitangan Felda Palong Timur 4 dan 5 begitu baik dan sangat mesra macam satu keluarga terutama Abang Jalil dan isterinya Kak Yah.

Pos tempat aku bertugas pula adalah di pintu masuk Kampung Mensudut Lama. Pada ketika itu Kampung Mensudut Lama merupakan kampung yang sangat terpencil. Pekan terdekat adalah Buluh Kasap, Segamat. Jarak ke Pekan Buluh Kasap lebih kurang 15 km melalui jalan ladang getah. Cerita aku ini adalah 21 tahun dahulu. Tak mungkin sekarang ini masih begitu lagi.

Tugas aku dan rakan-rakan di situ adalah untuk menyekat peneroka Felda dari membawa keluar getah sekerap (lantun) dan menjualnya di luar felda. Oleh kerana pos kami itu terletak di pintu masuk kampung maka seolah-oleh kami ini adalah pengawal kepada kampung tersebut bahkan dilengkapi dengan senjata api dan berpakaian seragam polis kerana kami adalah Polis Bantuan.

Setelah setahun setengah aku bertugas di Pos Kg. Mensudut Lama maka aku pun mendirikan rumah tangga dengan pilihan ahli keluargaku sendiri iaitu anaknya Wak Sahir, dari Kampung Sg. Tengas, Terap, Serdang Kedah. Oleh kerana isteriku bertugas di Kuala Lumpur maka aku memohon bertukar ke Ibu Pejabat Felda, Kuala Lumpur.

Aku bertugas di Ibu Pejabat Felda cuma 6 hari sahaja kerana mendapat tawaran untuk bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Maka tanggal 15 November 1991 dengan resminya aku telah menjadi seorang kakitangan kerajaan hinggalah kehari ini.