
Teringat aku akan kawan sekerja iaitu Ishak dari Selandar Melaka. Beliau ni tak lah hensem sangat tapi manis tu ada le... Orangnya memang baik sangat sehinggakan ada wanita dari Kg. Mensudut Lama telah terpikat dengannya. Walaubagaimana pun si Ishak ni buat selambe je sebab dia kurang berminat.
Untuk menarik perhatian si kawanku ini, maka wanita tersebut telah membekalkan makanan untuk berbuka puasa pada setiap hari selama sebulan. Alhamdulillah sebab orang lain yang bercinta, aku dan kawan-kawan lain yang kenyang.
Walaubagaimana pun aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada wanita tersebut kerana sudi membekalkan juadah berbuka puasa sepanjang aku berada di kampung tersebut.