24 November 2008

Hari Perkahwinan Md. Zaki

Pada hari ini tercapailah sudah hasrat kakak ipar ku (Maimunah Sahir) untuk melangsungkan perkahwinan anak sulongnya Md. Zaki Mahathir dengan Izni Fadzlina. Maka bertambahlah seorang lagi menantu menjadi 2 orang.
Teringat aku akan telatah kakak ipar ku ini dengan sikapnya yang sungguh riang dan sentiasa tersenyum bermula dari hari merisik sehinggalah hari pernikahan anak sulongnya itu. Semoga cepat mendapat cucu yang kedua, InsyaAllah.
Majlis Walimatul Urus telah pun berjalan dengan lancar dan baik sekali. Cuaca pun baik cuma pada jam 5.00 petang hujan telah turun dengan lebat sekali. Walau bagaimana pun Majlis tersebut tidak terjejas sebab pada ketika itu tetamu pun sudah mula berkurangan.

20 November 2008

HASRAT TAK TERCAPAI

Harapan ku untuk berkursus sambil bercuti tidak tercapai kerana isteri ku mempunyai urusan penting demi masa depan kerjayanya. Hari ini aku akan bertolak balik ke kampong untuk menghadiri Majlis Walimatul Urus anak saudara isteri ku pada 23.11.2008.

Kalau mengikut rancangan ku, 24.11.2008 aku akan mula berkursus selama 4 hari dan sambung bercuti sehingga hari raya EidulAdha. Lama le anak-anak ku tinggal di kampong bersama nenek mereka tapi apa kan daya hasrat tak tercapai.

06 November 2008

Kenangan lalu

Sejak dari petang hingga ke malam, isteriku membuka album gambarnya yang begitu lama sekali. Satu demi satu gambar dikeluarkan dari album dan diserahkan pada ku.









Buat apa gambar banyak-banyak ni!!! kata ku. Scan je, masuk dalam blog supaya saudara mara kita dapat tengok gambar-gambar lama ni kata isteri ku. Ok lah
Aku tertarik dengan gambar di atas tu. Ada seorang budak yang sangat comel bersama ibunya dan mertua ku di dalam sebuah beca. Aku rasa macam kenal je!!

05 November 2008

Seorang lagi anak Wak Sahir

Hari ini aku telah menamatkan tugas harian ku lebih awal. Dikelapangan ini aku memunggah fail-fail yang ada dalam komputer ku. Maka terpandang satu folder bertajuk Paklang kat KL lalu aku membuka folder tersebut dan terpapar gambar seorang lagi anaknya Wak Sahir.
Gambar ini aku ambil ketika mereka balik dari Port Dickson menghadiri majlis tamat latihan tentera darat anak mereka Mohd Aidil. Pada mulanya mereka tidak mahu singgah kerumah ku. Oleh kerana termakan pujukan ku maka bermalamlah mereka di Bukit Kiara, Kuala Lumpur (rumah aku le).

Pada malam itu juga aku membawa mereka berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur melihat Kota Raya Kuala Lumpur bermandikan cahaya. Salah satu tempat yang sempat aku bawa adalah Taman Tasik Titiwangsa dimana gambar ini diambil berlatar belakang Eye On Malaysia.

04 November 2008

Kursus sambil bercuti di Negeri Kedah

InsyaAllah pada 24 November 2008, saya akan berkursus di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani Kedah. Kursus Desktop Productivity: Database ini bagi memenuhi had kursus yang telah ditetapkan disamping menambahkan lagi ilmu pangetahuan yang sedia ada. Kursus ini akan berakhir pada 27 November 2008.

Sebelum itu saya akan balik ke kampong bersama keluarga untuk menghadiri majlis Walimatul Urus iaitu pada 23 November 2008. Insyaallah saya akan tunaikan janji saya untuk mengambil gambar-gambar ahli keluarga Wak Sahir dan akan saya paparkan dalam blog ini.

Lan Razak