Pada 27 November 2010 yang lalu telah berlangsung majlis walimah seorang lagi cucu Wak Sahir iaitu Azreen anak kepada Puan Maimunah tauke cucur udang bersama Zulkifli. Majlis berlangsung begitu meriah sekali. Di bawah ini gambar pada majlis tersebut.
Mengisahkan ahli keluarga Wak Sahir yang berada di Malaysia dan diselit dengan kisah-kisah aku duhulu dan kini (Lan Razak)
28 November 2010
26 September 2010
'Edulfitri 1431 H

Lama rasanya aku tidak menulis dalam blog ini. Masa kat kampung hari tu aku dah ambil laptop untuk tulis cerita tapi network hampeh, cuma ada satu bar kekadang tak ada langsung maklumlah kampung aku berada di kaki gunung bungsu. Bila dah balik KL, rasa malas pulak nak menulis.
Aku bertolak balik ke kampung pada petang hari Isnin 6 September 2010. Sepatutnya aku boleh balik pada hari Jumaat lagi tapi anak kedua aku ada kelas tambahan pada hari Isnin maka aku terpaksa menunda tarikh tersebut. Pada masa tu juga ibu mertuaku (isteri arwah Wak Sahir) di kampung sedang sakit kayap. Tapi adik ipar ku yang bertugas sebagai guru telah pulang dahulu untuk menjaga emaknya. Setibanya aku kat kampung pada hari Isnin malam maka tugas menjaga emak diambil alih oleh isteriku yang merupakan anak keempat Wak Sahir.
Seperti yang U all sedia maklum, penyakit kayap memang cerewet dan susah menjaganya. Di rumah langsung tak boleh masak jenis goreng-goreng. Oleh yang demikian, kami sekeluarga terpaksa berbuka puasa dan bersahur di rumah sebelah iaitu rumah iparku (anak Wak Sahir yang ketiga).
Bila tiba malam raya... rumah Wak Sahir sunyi sepi tak seperti malam-malam raya yang terdahulu. Selalunya anak cucu Wak Sahir akan berkumpul dan aku bersama isteri akan memasak rendang atau apa-apa yang akan pada malam itu. Lemang semestinya ada pada setiap tahun dan pada malam raya juga merupakan malam perasmian membelah lemang yang dibuat oleh ibu mertuaku dan dicicah dengan rendang yang baru kami siapkan. Tapi pada tahun ini, semua itu cuma jadi kenangan. InsyaAllah semoga tahun hadapan keluarga Wak Sahir dapat merayakan 'Edulfitri dengan lebih meriah.
10 August 2010
Hari pertama berpuasa

Teringat aku akan kawan sekerja iaitu Ishak dari Selandar Melaka. Beliau ni tak lah hensem sangat tapi manis tu ada le... Orangnya memang baik sangat sehinggakan ada wanita dari Kg. Mensudut Lama telah terpikat dengannya. Walaubagaimana pun si Ishak ni buat selambe je sebab dia kurang berminat.
Untuk menarik perhatian si kawanku ini, maka wanita tersebut telah membekalkan makanan untuk berbuka puasa pada setiap hari selama sebulan. Alhamdulillah sebab orang lain yang bercinta, aku dan kawan-kawan lain yang kenyang.
Walaubagaimana pun aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada wanita tersebut kerana sudi membekalkan juadah berbuka puasa sepanjang aku berada di kampung tersebut.
04 August 2010
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarrak
Enam hari lagi kita akan menyambut Ramadhan Al-Mubarrak. Semoga kita semua telah bersedia fizikal dan mental supaya kita dapat berusaha dengan lebih giat lagi untuk menjadikan Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. InsyaAllah.
30 July 2010
27 July 2010
26 July 2010
05 July 2010
Aku Seorang Anggota Felsco



Aku meminta bantuan abang untuk membeli sebuah motosikal untuk berulang alik ke tempat bertugas. Inilah motosikal aku yang telah dibeli di Jalan Gombak iaitu Honda XL (scrambler).
Belum pun setahun aku di Pos Puting, aku telah dipindahkan ke Pos Kampung Mensudut Lama dan tinggal di Rumah Kakitangan, Felda Palong Timur 4, Segamat, Johor. Di sini aku tinggal berempat termasuk aku iaitu Zamran, Zulnaidi dan Sabri (Awe). Dimana mereka sekarang, aku pun tak tahu. Aku harap mereka semua dalam keadaan sihat wal'afiat.
Di Palong Timur 4 merupakan tempat yang paling seronok aku tinggal pada ketika itu kerana mempunyai masyarakat yang terdiri dari kakitangan Felda Palong Timur 4 dan 5 begitu baik dan sangat mesra macam satu keluarga terutama Abang Jalil dan isterinya Kak Yah.


Tugas aku dan rakan-rakan di situ adalah untuk menyekat peneroka Felda dari membawa keluar getah sekerap (lantun) dan menjualnya di luar felda. Oleh kerana pos kami itu terletak di pintu masuk kampung maka seolah-oleh kami ini adalah pengawal kepada kampung tersebut bahkan dilengkapi dengan senjata api dan berpakaian seragam polis kerana kami adalah Polis Bantuan.
Setelah setahun setengah aku bertugas di Pos Kg. Mensudut Lama maka aku pun mendirikan rumah tangga dengan pilihan ahli keluargaku sendiri iaitu anaknya Wak Sahir, dari Kampung Sg. Tengas, Terap, Serdang Kedah. Oleh kerana isteriku bertugas di Kuala Lumpur maka aku memohon bertukar ke Ibu Pejabat Felda, Kuala Lumpur.
Aku bertugas di Ibu Pejabat Felda cuma 6 hari sahaja kerana mendapat tawaran untuk bertugas di salah sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Maka tanggal 15 November 1991 dengan resminya aku telah menjadi seorang kakitangan kerajaan hinggalah kehari ini.
17 June 2010
Kursus Desktop Productivity: Spreadsheets
Maka dengan ini tamatlah Kursus Desktop Productivity: Spreadsheets (Excel le tu)yang telah diadakan di INTURA pada 14 - 17 Jun 2010. Aku mengucapkan banyak-banyak terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua cikgu yang telah mengajar iaitu En. Bakar dan Puan Nor Silawati kerana tidak jemu melayan kerenah kami para peserta kursus.
16 June 2010
Menghadiri Kursus Komputer
Saya sekarang masuk hari ketiga mengikuti kursus Desktop Productivity di INTAN Wilayah Utara. Kursus bermula pada 14 Jun 2010 Isnin yang lalu. Banyak juga ilmu yang dapat aku pelajari di sini selama 3 hari yang telah berlalu. InsyaAllah esok ada sedikit ujian untuk menilai tahap kefahaman dan penyampaian sijil akan diadakan pada tengahari.
04 June 2010
Layan lagu ini...
Anda boring??? dengarlah melodi arab ini. Memang tangkap leleh!!!
Awal Layla-Awfa Al Khaq-Abadi Al Johar
Awal Layla-Awfa Al Khaq-Abadi Al Johar
31 May 2010
Ke UiTM Puncak Alam
Kami bertolak dari rumah jam 7.30 pag

28 April 2010
21 March 2010
Cucu Wak Sahir Sertai Sukan



Pada petangnya pula kami bercadang untuk pulang ke kampung tapi seorang lagi cucu Wak Sahir (Anak sulung aku) ada hal lagi kerana beliau ingin mengisi borang masuk German-Malaysian Institute (GMI). Maka kami sekeluarga pulang ke kampung pada petang 14 Mac 2010.
Sila klik untuk lihat gambar lain.
18 February 2010
Pulang ke Rahmatullah

Selepas bertalu talu panggilan dari kampung bertanyakan tentang kepulangan kami maka aku menguatkan semangat untuk balik jua menziarahi abangku itu. Selepas Subuh 14.2.2010 kami bertolak balik dan sampai rumah kakak ku jam 10.30 pagi. Alhamdulillah masih sempat lagi aku menatap wajah abang ku yang terbujur kaku.
Dikesempatan itu dapat juga aku bertemu dengan kawan lama iaitu kawan sama sekolah dan sama tinggal di asrama Sekolah Menengah Serdang, Kedah. Zulkifli Karim namanya, seorang anggota polis dan bertugas di daerah Manjung, Perak. Sebelum menunggu untuk sembahyang jenazah, sempat juga kami mengimbas kembali kenangan lama semasa zaman bersekolah dulu.
Sebenarnya pada hari yang sama, aku sekeluarga mempunyai jemputan kenduri sempena pertunangan seorang cucu Wak Sahir iaitu anak kepada abang isteriku yang sulung. Sepertimana yang aku ceritakan tadi, memang aku tak nak balik tetapi nak dijadikan cerita maka kedua dua hajat dapat disempurnakan.
Aku pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga iaitu pada jam 7.00 malam selepas menziarahi anak saudara aku yang baru mendapat cahaya matanya yang kedua.
Subscribe to:
Posts (Atom)