26 September 2010

'Edulfitri 1431 H

Salam 2U all,

Lama rasanya aku tidak menulis dalam blog ini. Masa kat kampung hari tu aku dah ambil laptop untuk tulis cerita tapi network hampeh, cuma ada satu bar kekadang tak ada langsung maklumlah kampung aku berada di kaki gunung bungsu. Bila dah balik KL, rasa malas pulak nak menulis.

Aku bertolak balik ke kampung pada petang hari Isnin 6 September 2010. Sepatutnya aku boleh balik pada hari Jumaat lagi tapi anak kedua aku ada kelas tambahan pada hari Isnin maka aku terpaksa menunda tarikh tersebut. Pada masa tu juga ibu mertuaku (isteri arwah Wak Sahir) di kampung sedang sakit kayap. Tapi adik ipar ku yang bertugas sebagai guru telah pulang dahulu untuk menjaga emaknya. Setibanya aku kat kampung pada hari Isnin malam maka tugas menjaga emak diambil alih oleh isteriku yang merupakan anak keempat Wak Sahir.

Seperti yang U all sedia maklum, penyakit kayap memang cerewet dan susah menjaganya. Di rumah langsung tak boleh masak jenis goreng-goreng. Oleh yang demikian, kami sekeluarga terpaksa berbuka puasa dan bersahur di rumah sebelah iaitu rumah iparku (anak Wak Sahir yang ketiga).

Bila tiba malam raya... rumah Wak Sahir sunyi sepi tak seperti malam-malam raya yang terdahulu. Selalunya anak cucu Wak Sahir akan berkumpul dan aku bersama isteri akan memasak rendang atau apa-apa yang akan pada malam itu. Lemang semestinya ada pada setiap tahun dan pada malam raya juga merupakan malam perasmian membelah lemang yang dibuat oleh ibu mertuaku dan dicicah dengan rendang yang baru kami siapkan. Tapi pada tahun ini, semua itu cuma jadi kenangan. InsyaAllah semoga tahun hadapan keluarga Wak Sahir dapat merayakan 'Edulfitri dengan lebih meriah.

No comments: