18 February 2010

Pulang ke Rahmatullah

Pada 13.2.2010 malam aku telah menerima panggilan telefon mengatakan Abang Awang (iparku) telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Pada mulanya aku memang tak nak balik kampung sebab isteriku kurang sihat, memandangkan aku dan Abang Awang ku ini memang rapat semasa aku masih remaja. Aku merupakan kawan dan pembantu beliau apabila pergi menjala ikan. Merata cerok sungai dan parit disekitar kampung telah kami harungi untuk menjala ikan.

Selepas bertalu talu panggilan dari kampung bertanyakan tentang kepulangan kami maka aku menguatkan semangat untuk balik jua menziarahi abangku itu. Selepas Subuh 14.2.2010 kami bertolak balik dan sampai rumah kakak ku jam 10.30 pagi. Alhamdulillah masih sempat lagi aku menatap wajah abang ku yang terbujur kaku.

Dikesempatan itu dapat juga aku bertemu dengan kawan lama iaitu kawan sama sekolah dan sama tinggal di asrama Sekolah Menengah Serdang, Kedah. Zulkifli Karim namanya, seorang anggota polis dan bertugas di daerah Manjung, Perak. Sebelum menunggu untuk sembahyang jenazah, sempat juga kami mengimbas kembali kenangan lama semasa zaman bersekolah dulu.

Sebenarnya pada hari yang sama, aku sekeluarga mempunyai jemputan kenduri sempena pertunangan seorang cucu Wak Sahir iaitu anak kepada abang isteriku yang sulung. Sepertimana yang aku ceritakan tadi, memang aku tak nak balik tetapi nak dijadikan cerita maka kedua dua hajat dapat disempurnakan.

Aku pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga iaitu pada jam 7.00 malam selepas menziarahi anak saudara aku yang baru mendapat cahaya matanya yang kedua.

1 comment:

AbnormalSuam said...

Bila abang sebut Zulkifli Karim... teringat kegilaan dia dengan kasut bola World Cup yang 'ayah' dia beli... hehehe... tapi dia memang terer main bola...