03 November 2016

PROSES PENUKARAN INJEN KANCIL KEPADA MIRA L6 660 TURBO

PENGALAMAN KU

Kereta kancil aku 850EZ (Auto) telah tukar enjin MIRA L6 660 turbo. Proses endorsement tak laa susah sangat. Kalau ada sapa2 yang nak buat boleh ikut step2 di bawah ni:- 

1. Pergi PUSPAKOM untuk buat pemeriksaan. 

Sebelum pi PUSPAKOM tuuu...kena la booking dulu. Pastikan dulu brek kereta anda betul2 mencangkammm, semua lampu mesti menyala, tinted cermin mesti ikut spec dan pendik ceritanya kereta mesti dalam keadaan baik laaa.

Pada hari pemeriksaan...pastikan anda bawa bersama resit pembelian injen, surat kastam dan geran kereta anda (semuanya yang ori).

Daftar di pondok yang pertama. Bagi semua dokumen yang anda bawa tu dan cakap tukar injen... nanti dia akan bagi satu borang untuk diisi nama dan alamat. Bawa borang tu bersama dokumen2 tadi ke pondok kedua (naik kereta laaa ikut lorong kereta bukan teksi dan bukan lori) PONDOK BAYARAN. Bila sampai giliran anda, bagi semua dokumen yang anda bawa tu bersama borang yang anda isi tadi. Anda akan dikenakan sedikit bayaran... tak sampai RM40 pun, ambil resit bayaran dan terus masuk lorang seperti diarahkan.

Sampai di lorong pemeriksaan, kakitangan PUSPAKOM akan mengarahkan anda pergi tunggu di tempat menunggu. Tunggu kat situ hingga kereta anda siap diperiksa. Bila siap diperiksa, ambil balik kereta anda tu dan parking elok2....tunggu report pulak. Kalau lulus dia orang akan bagi surat report yang bertanda L pada tempat yang dibuat pemeriksaan. (PEMERIKSAAN YANG PERTAMA INI BERAT KEPADA BREK DAN STRUKTUR KERETA SAHAJA).

Bila lulus pemeriksaan yang pertama ini, bawa report yang lulus tadi bersama semua dokumen seperti di atas dan masuk semula ke pondok yang pertama anda masuk tadi serta ulang kali kedua. Di pondok bayaran, anda akan dikenakan sekali lagi bayaran... kali ni kurang sikit tak sampai RM30. Lepas bayar terus ke lorong pemeriksaan seperti diarahkan.

Kali ni petugas PUSPAKOM akan check bahagian injen sahaja seperti no injen, no casis dsb nya. Pastu satu lagi report akan diberi pada anda. Report kali ni mengenai injen lama dan injen baru dan akan dicop telah diluluskan.

Bila dah dapat kedua dua surat tu pergi ke JPJ dan bawa bersama dokumen yang mula2 tadi (geran asal, resit beli injen asal dan surat kastam yang asal).

SEBELUM KE JPJ, PASTIKAN BUTIR2 INJEN PADA INSURAN DITUKARKAN TERLEBIH DAHULU. HUBUNGI AGEN INSURAN ANDA UNTUK MEMBUAT PERTUKARAN TERSEBUT. BAYARAN RM10 AKAN DIKENAKAN.

2. Pergi JABATAN PENGANGKUTAN JALAN.

Pergi kaunter borang dan minta borang pertukaran butir2 injen. Isi borang tersebut dan kepil bersama surat dari PUSPAKOM dan semua dokumen yang saya sebut di atas tadi. Bila dah serah kepada kakitangan kaunter JPJ tu maka selesai sudah proses pengendorsan kereta anda. TUNGGUUU SAJA GERAN BARU DISERAHKAN KEPADA ANDA... jangan terkejut... geran baru saiznya kecil saja

Sekian

10 April 2011

Pulang dari Tanah Jawa

Setelah seminggu anak cucu Wak Sahir berada di Jawa Tengah akhirmya pada 8 April 2011 mereka telah pulang ke Malaysia dengan 1001 kenangan.

Berbagai cerita telah dikhabarkan kepada ku mengenai pengalaman mereka di Klaten dan Magelang. Layanan saudara mara di sana sangat baik sekali. Nama-nama yang tak lekang di bibir mereka seperti Eko dan bapanya Mas Yono, Mak Kedah, Mak Jamah, Bejo, Didik, Edi dan ramai lagi saudara mara di sana.

Aku menunggu sehingga tengah malam mendengar cerita dan pengalaman mereka di Jawa. Segala tempat yang diceritakan seolah-olah aku tahu sedangkan aku cuma menjelajah melalui google map sahaja.

31 March 2011

Keluarga Wak Sahir ke Indonesia

Lama sungguh aku tak update blog ni... Hari ini 2 orang anak Wak Sahir iaitu Rashid Sahir bersama isteri dan seorang anak dan Hamzah Sahir bersama isteri dan seorang anak serta emak mereka (ibu mertua ku) telah bertolak ke Jawa Tengah Indonesia.

Pada jam 4 pagi tadi aku telah menghantar mereka (7 orang) dengan menaiki van serena aku ke LCCT. MasyaAllah, punyalah berat sampai rapat spring van aku. Apa tidaknya segala maknika benda dibawanya ke sana. Dodol, milo, ketupat bersama serunding dan macam macam lagi di samping pakaian harian.

Jam 11 pagi tadi, aku telah call Hamzah. Dikhabarkan mereka kini berada di rumah anak saudara Wak Sahir (sepupu Hamzah) iaitu Suyono di Klaten 20 minit dari Lapangan Terbang Yokjakarta. Teringin juga aku nak ke sana tapi akan daya anak bersekolah, siapa nak hantar mereka. InsyaAllah satu hari nanti aku juga akan sampai ke sana.

28 November 2010

Majlis Walimatul 'Urus

Pada 27 November 2010 yang lalu telah berlangsung majlis walimah seorang lagi cucu Wak Sahir iaitu Azreen anak kepada Puan Maimunah tauke cucur udang bersama Zulkifli. Majlis berlangsung begitu meriah sekali. Di bawah ini gambar pada majlis tersebut.

26 September 2010

'Edulfitri 1431 H

Salam 2U all,

Lama rasanya aku tidak menulis dalam blog ini. Masa kat kampung hari tu aku dah ambil laptop untuk tulis cerita tapi network hampeh, cuma ada satu bar kekadang tak ada langsung maklumlah kampung aku berada di kaki gunung bungsu. Bila dah balik KL, rasa malas pulak nak menulis.

Aku bertolak balik ke kampung pada petang hari Isnin 6 September 2010. Sepatutnya aku boleh balik pada hari Jumaat lagi tapi anak kedua aku ada kelas tambahan pada hari Isnin maka aku terpaksa menunda tarikh tersebut. Pada masa tu juga ibu mertuaku (isteri arwah Wak Sahir) di kampung sedang sakit kayap. Tapi adik ipar ku yang bertugas sebagai guru telah pulang dahulu untuk menjaga emaknya. Setibanya aku kat kampung pada hari Isnin malam maka tugas menjaga emak diambil alih oleh isteriku yang merupakan anak keempat Wak Sahir.

Seperti yang U all sedia maklum, penyakit kayap memang cerewet dan susah menjaganya. Di rumah langsung tak boleh masak jenis goreng-goreng. Oleh yang demikian, kami sekeluarga terpaksa berbuka puasa dan bersahur di rumah sebelah iaitu rumah iparku (anak Wak Sahir yang ketiga).

Bila tiba malam raya... rumah Wak Sahir sunyi sepi tak seperti malam-malam raya yang terdahulu. Selalunya anak cucu Wak Sahir akan berkumpul dan aku bersama isteri akan memasak rendang atau apa-apa yang akan pada malam itu. Lemang semestinya ada pada setiap tahun dan pada malam raya juga merupakan malam perasmian membelah lemang yang dibuat oleh ibu mertuaku dan dicicah dengan rendang yang baru kami siapkan. Tapi pada tahun ini, semua itu cuma jadi kenangan. InsyaAllah semoga tahun hadapan keluarga Wak Sahir dapat merayakan 'Edulfitri dengan lebih meriah.