25 March 2009

Pulang bercuti

Salam 2u all. Dah lama aku tak update blog ni kerana sibuk dengan tugas-tugas hakiki. Maklumlah tugas sebagai kuli batak macam aku ni memang begitu, kalau ada kerja bukan main banyak sekali tapi kalau tak ada kerja dah bosan pulak sampai taktau nak buat apa.

Minggu lepas sempena cuti persekolahan, sempat juga aku pulang ke kampong walaupun hanya 4 hari sahaja. Walau bagaimana pun syukurlah kerana dapat juga menjenguk ahli keluarga Wak sahir dan juga keluargaku sendiri. Alhamdulillah mereka semua sihat-sihat belaka.

1 comment:

AbnormalSuam said...

Entah bilalah kita boleh balik ke kampung bersama-sama....

Rindu kat Sungai Tengas... rindu kat masjid tempat kita belajar Quran Tajwid... rindu kat telaga masjid yang airnya sejuk dan jernih, sering digunakan untuk membasahkan tekak dan tidak pernah kering biarpun pada musim kemarau... rindu pada Gunung Bongsu... Rindu pada Lata Lesung, Lata Tinggi...

Agak-agak kalau kita balik bersama, masihkah orang kampung mengenali cucu tok sawai ini?