Pada 31 Disember 2008 ini pula seorang lagi akan menyambut ulang tahun kelahiran iaitu Mohammad Husni Naim (anak kedua). Kami sekeluarga kalau menyambut ulang tahun kelahiran, cuma buat makan sendiri je!!! untuk jimat bajet. Kalau tidak pergi makan besar kat mana-mana medan selera di KL ni. Kebiasaannya kat selekoh PULAPOL le sebab kat situ sedap dan berbagai juadah boleh dipesan.
Mengisahkan ahli keluarga Wak Sahir yang berada di Malaysia dan diselit dengan kisah-kisah aku duhulu dan kini (Lan Razak)
29 December 2008
Ulang tahun kelahiran
Pada 31 Disember 2008 ini pula seorang lagi akan menyambut ulang tahun kelahiran iaitu Mohammad Husni Naim (anak kedua). Kami sekeluarga kalau menyambut ulang tahun kelahiran, cuma buat makan sendiri je!!! untuk jimat bajet. Kalau tidak pergi makan besar kat mana-mana medan selera di KL ni. Kebiasaannya kat selekoh PULAPOL le sebab kat situ sedap dan berbagai juadah boleh dipesan.
23 December 2008
Penyembelihan kambing
Semua ahli keluarga banisahir yang berada di kampong termasuk aku yang kebetulan pada masa itu sedang bercuti menyambut ‘EidulAdha telah hadir ke rumah Wak Rashid untuk bergotong royong memotong daging kambing dan seterusnya memasak dengan masak kurma.
15 December 2008
Sempurnalah sudah kursus ku bagi tahun 2008
Sahabatku ni perwatakannya memang peramah dan boleh digelar penglipurlara. Kalau berbual dengannya memang tak kering gusi dibuatnya. Ada saja cerita yang mencuit hati. Hai Ghazalli Kuntum, Power Point dah belajar lepas ni kau belajar buat blog pulak. InsyaAllah saya boleh ajar.
Gambar di atas adalah Ghazalli Kuntum.
14 December 2008
Hari pertama aku berkursus
Hari ini tanggal 15 Disember 2008 adalah hari pertama aku berkursus di INTAN Wilayah Utara. Sekarang ini aku berada di dalam kelas sedang menanti cikgu untuk memulakan sesi pembelajaran MS PowerPoint. Kali ini aku ditemani oleh 7 orang teman ku dari Kuala Lumpur. Alangkah meriah rasanya hati ku kerana selalunya aku datang seorang diri untuk mengikuti kursus di sini.
Cikgu dah datang, jadi aku stop dulu...
Cikgu dah datang, jadi aku stop dulu...
09 December 2008
Hari Raya Korban di Kampong Sungai Tengas

04 December 2008
Selamat Hari Raya 'Eidul Adha
Dikesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Adha kepada seluruh pembaca blog ini dan saudara mara ku di Magelang, Jawa Tengah Indonesia, semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik hendaknya.
Hari ini 5 November 2008 aku akan bertolak balik ke kampung selepas jam 5.00 petang nanti. Insyaallah aku akan bercuti sehingga 14 November 2008. Pada 15 November 2008 pula, aku akan mula berkursus di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah selama 4 hari.
"SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA"

Roslan Abd. Razak
Siti Eshah Sahir
M.Fauzi
M.Husni
M.Fitri
Syahidatun
Farhatun
01 December 2008
Kunjungan Pengantin Baru
Mereka juga membawa gambar keluarga abang ipar ku (Rashid) untuk dimasukkan ke dalam blog ini supaya keluarga di Indonesia dapat mengenali dengan lebih rapat lagi. Sila klik untuk melihat gambar tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)