01 December 2008

Kunjungan Pengantin Baru

Tanggal 30 November 2008 pasangan pengantin baru iaitu Md. Zaki dan Izni telah berkunjung kerumah ku di Bukit Kiara, Kuala Lumpur bersama ibu (Maimunah Sahir) dan adik mereka (Azrin). Tujuan mereka adalah untuk menghantar Izni ke Putrajaya yang akan mula bertugas di Jabatan Perdana Menteri selepas bercuti untuk melangsungkan perkahwinan. Aku dapat merasakan bertapa sedih hati Md. Zaki kerana terpaksa berpisah dengan isteri selepas seminggu berkahwin.

Mereka juga membawa gambar keluarga abang ipar ku (Rashid) untuk dimasukkan ke dalam blog ini supaya keluarga di Indonesia dapat mengenali dengan lebih rapat lagi. Sila klik untuk melihat gambar tersebut.

No comments: