23 December 2008

Penyembelihan kambing

Baru-baru ini tanggal 12 Disember 2008 bersamaan hari Jumaat, salah seorang ahli keluarga banisahir iaitu Wak Rashid telah menyembelih seekor kambing untuk disedekahkan kepada suatu majlis kenduri arwah. Kambing tersebut telah disembelih dan dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan kepada majlis kenduri tersebut.

Semua ahli keluarga banisahir yang berada di kampong termasuk aku yang kebetulan pada masa itu sedang bercuti menyambut ‘EidulAdha telah hadir ke rumah Wak Rashid untuk bergotong royong memotong daging kambing dan seterusnya memasak dengan masak kurma.





Sila klik untuk lihat gambar pada hari sembelihan tersebut.

No comments: