15 December 2008

Sempurnalah sudah kursus ku bagi tahun 2008

Aku tidak dapat meneruskan coretan ku ketika sedang berkursus kerana masa ku telah digunakan untuk memprektikkan apa yang telah diajar semasa berkursus. Hari ini 22 Disember 2008 aku telah mula menjalankan tugas ku seperti biasa tapi hatiku masih lagi teringat ketika berkursus di INTURA. Pagi-pagi lagi seawal 6.30 pagi aku bersama Ghazalli Kuntum telah keluar untuk bersenam iaitu berjalan mengelilingi Kampus INTURA. Kebiasaan aku berjalan 2 pusingan tapi oleh kerana sahabatku ini injinnya dah lama maka aku terpaksa mengikutnya 1 pusingan sahaja.

Sahabatku ni perwatakannya memang peramah dan boleh digelar penglipurlara. Kalau berbual dengannya memang tak kering gusi dibuatnya. Ada saja cerita yang mencuit hati. Hai Ghazalli Kuntum, Power Point dah belajar lepas ni kau belajar buat blog pulak. InsyaAllah saya boleh ajar.

Gambar di atas adalah Ghazalli Kuntum.

No comments: