09 December 2008

Hari Raya Korban di Kampong Sungai Tengas

Kini aku berada di kampung bagi menyambut Hari Raya Korban. Seronok aku beraya di kampung pada tahun ini kerana pada tahun ini kakak ku bersama anak-anaknya telah mengorbankan seekor lembu. Di kampung ku, jarang sekali terdapat majlis penyebelihan korban tidak seperti di tempat aku tinggal (Bukit Kiara, Kuala Lumpur). Setiap tahun ada saja individu yang ingin mengadakan korban. Tahun ini sahaja 7 ekor lembu telah dikorbankan.

No comments: