Pada 31 Disember 2008 ini pula seorang lagi akan menyambut ulang tahun kelahiran iaitu Mohammad Husni Naim (anak kedua). Kami sekeluarga kalau menyambut ulang tahun kelahiran, cuma buat makan sendiri je!!! untuk jimat bajet. Kalau tidak pergi makan besar kat mana-mana medan selera di KL ni. Kebiasaannya kat selekoh PULAPOL le sebab kat situ sedap dan berbagai juadah boleh dipesan.
Mengisahkan ahli keluarga Wak Sahir yang berada di Malaysia dan diselit dengan kisah-kisah aku duhulu dan kini (Lan Razak)
29 December 2008
Ulang tahun kelahiran
Pada 31 Disember 2008 ini pula seorang lagi akan menyambut ulang tahun kelahiran iaitu Mohammad Husni Naim (anak kedua). Kami sekeluarga kalau menyambut ulang tahun kelahiran, cuma buat makan sendiri je!!! untuk jimat bajet. Kalau tidak pergi makan besar kat mana-mana medan selera di KL ni. Kebiasaannya kat selekoh PULAPOL le sebab kat situ sedap dan berbagai juadah boleh dipesan.
23 December 2008
Penyembelihan kambing
Semua ahli keluarga banisahir yang berada di kampong termasuk aku yang kebetulan pada masa itu sedang bercuti menyambut ‘EidulAdha telah hadir ke rumah Wak Rashid untuk bergotong royong memotong daging kambing dan seterusnya memasak dengan masak kurma.
15 December 2008
Sempurnalah sudah kursus ku bagi tahun 2008
Sahabatku ni perwatakannya memang peramah dan boleh digelar penglipurlara. Kalau berbual dengannya memang tak kering gusi dibuatnya. Ada saja cerita yang mencuit hati. Hai Ghazalli Kuntum, Power Point dah belajar lepas ni kau belajar buat blog pulak. InsyaAllah saya boleh ajar.
Gambar di atas adalah Ghazalli Kuntum.
14 December 2008
Hari pertama aku berkursus
Hari ini tanggal 15 Disember 2008 adalah hari pertama aku berkursus di INTAN Wilayah Utara. Sekarang ini aku berada di dalam kelas sedang menanti cikgu untuk memulakan sesi pembelajaran MS PowerPoint. Kali ini aku ditemani oleh 7 orang teman ku dari Kuala Lumpur. Alangkah meriah rasanya hati ku kerana selalunya aku datang seorang diri untuk mengikuti kursus di sini.
Cikgu dah datang, jadi aku stop dulu...
Cikgu dah datang, jadi aku stop dulu...
09 December 2008
Hari Raya Korban di Kampong Sungai Tengas

04 December 2008
Selamat Hari Raya 'Eidul Adha
Dikesempatan ini aku mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Adha kepada seluruh pembaca blog ini dan saudara mara ku di Magelang, Jawa Tengah Indonesia, semoga kalian semua berada di dalam keadaan baik hendaknya.
Hari ini 5 November 2008 aku akan bertolak balik ke kampung selepas jam 5.00 petang nanti. Insyaallah aku akan bercuti sehingga 14 November 2008. Pada 15 November 2008 pula, aku akan mula berkursus di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani, Kedah selama 4 hari.
"SELAMAT HARI RAYA DARI KAMI SEKELUARGA"

Roslan Abd. Razak
Siti Eshah Sahir
M.Fauzi
M.Husni
M.Fitri
Syahidatun
Farhatun
01 December 2008
Kunjungan Pengantin Baru
Mereka juga membawa gambar keluarga abang ipar ku (Rashid) untuk dimasukkan ke dalam blog ini supaya keluarga di Indonesia dapat mengenali dengan lebih rapat lagi. Sila klik untuk melihat gambar tersebut.
24 November 2008
Hari Perkahwinan Md. Zaki
Pada hari ini tercapailah sudah hasrat kakak ipar ku (Maimunah Sahir) untuk melangsungkan perkahwinan anak sulongnya Md. Zaki Mahathir dengan Izni Fadzlina. Maka bertambahlah seorang lagi menantu menjadi 2 orang.
Teringat aku akan telatah kakak ipar ku ini dengan sikapnya yang sungguh riang dan sentiasa tersenyum bermula dari hari merisik sehinggalah hari pernikahan anak sulongnya itu. Semoga cepat mendapat cucu yang kedua, InsyaAllah.
Majlis Walimatul Urus telah pun berjalan dengan lancar dan baik sekali. Cuaca pun baik cuma pada jam 5.00 petang hujan telah turun dengan lebat sekali. Walau bagaimana pun Majlis tersebut tidak terjejas sebab pada ketika itu tetamu pun sudah mula berkurangan.
20 November 2008
HASRAT TAK TERCAPAI
Harapan ku untuk berkursus sambil bercuti tidak tercapai kerana isteri ku mempunyai urusan penting demi masa depan kerjayanya. Hari ini aku akan bertolak balik ke kampong untuk menghadiri Majlis Walimatul Urus anak saudara isteri ku pada 23.11.2008.
Kalau mengikut rancangan ku, 24.11.2008 aku akan mula berkursus selama 4 hari dan sambung bercuti sehingga hari raya EidulAdha. Lama le anak-anak ku tinggal di kampong bersama nenek mereka tapi apa kan daya hasrat tak tercapai.
06 November 2008
Kenangan lalu

Buat apa gambar banyak-banyak ni!!! kata ku. Scan je, masuk dalam blog supaya saudara mara kita dapat tengok gambar-gambar lama ni kata isteri ku. Ok lah
Aku tertarik dengan gambar di atas tu. Ada seorang budak yang sangat comel bersama ibunya dan mertua ku di dalam sebuah beca. Aku rasa macam kenal je!!
05 November 2008
Seorang lagi anak Wak Sahir

Gambar ini aku ambil ketika mereka balik dari Port Dickson menghadiri majlis tamat latihan tentera darat anak mereka Mohd Aidil. Pada mulanya mereka tidak mahu singgah kerumah ku. Oleh kerana termakan pujukan ku maka bermalamlah mereka di Bukit Kiara, Kuala Lumpur (rumah aku le).
Pada malam itu juga aku membawa mereka berjalan-jalan disekitar Kuala Lumpur melihat Kota Raya Kuala Lumpur bermandikan cahaya. Salah satu tempat yang sempat aku bawa adalah Taman Tasik Titiwangsa dimana gambar ini diambil berlatar belakang Eye On Malaysia.
04 November 2008
Kursus sambil bercuti di Negeri Kedah
InsyaAllah pada 24 November 2008, saya akan berkursus di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Utara, Sungai Petani Kedah. Kursus Desktop Productivity: Database ini bagi memenuhi had kursus yang telah ditetapkan disamping menambahkan lagi ilmu pangetahuan yang sedia ada. Kursus ini akan berakhir pada 27 November 2008.
Sebelum itu saya akan balik ke kampong bersama keluarga untuk menghadiri majlis Walimatul Urus iaitu pada 23 November 2008. Insyaallah saya akan tunaikan janji saya untuk mengambil gambar-gambar ahli keluarga Wak Sahir dan akan saya paparkan dalam blog ini.
Lan Razak

28 October 2008
Dipenghujung Eidulfitri

Alhamdulillah, mereka sekeluarga nampak gembira kerana hubungan kekeluargaan kembali bertaut. Semoga berkekalan buat selama lamanya.
25 October 2008
Terlepaslah Rindu dihati
Setelah beberapa hari anak saudaraku Eko mengirim gambar-gambar dari seberang, maka pada hari ini dapatlah seluruh ahli keluarga isteriku melihat gambar-gambar tersebut setelah gambar-gambar tersebut di download kedalam komputer oleh adik isteriku dan dibawa pulang ke kampong.
Aku dapat merasakan bertapa puas hati ibu mertuaku setelah bertahun tahun berpisah dan tidak dapat sebarang berita dari keluarga bapa mertuaku. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat jua akhirnya dan terjalin semula hubungan kekeluargaan ini.

22 October 2008
Persediaan Menyambut Eidulfitri
Gambar keluarga Wak Sahir sedang bertungkus lumus untuk membuat lemang
Pakde Mohamad Nor (baju biru), Pakde Rasyid (baju hitam) dan Bukde Maimunah (baju pink)
Pakde Mahathir (suami Bukde Maimunah) sedang memasukkan daun pisang kedalam batang buluh untuk dibuat lemang dibantu oleh anak mereka Fahmi.
20 October 2008
Kedah (Isterinya Pak Gono) Ke Tanah Suci Mekah
Kembali hubungan silaturrahim

Aku sungguh senang sekali apabila dapat menyambung kembali hubungan silaturrahim dengan keluarga pihak isteri ku di Indonesia setelah sekian lama menyepi tanpa berita. Ibu mertua ku terlalu kangan bangat dengan saudara maranya di Indonesia.
Sekembalinya aku ke pejabat dari bercuti menyambut Hari Raya Aidilfitri, aku terus membuka email dan terperanjat aku melihat satu email yang masuk bertajuk KABAR DARI KELUARGA DI INDONESIA ( Magelang dan Klaten). Entah dari mana mereka dapat alamat email ku aku pun tak tahu. Mungkin aku dah lupa yang aku pernah mengirim surat beberapa tahun yang lalu.
Mula dari saat itu aku terus menghubungi dan bertanya khabar bagi pihak keluarga isteriku kerana mereka tidak ada kemudahan internet di tempat mereka. Alhamdulillah dapat juga mengenali keluarga sebelah isteriku dengan menatap gambar yang telah di kirimkan oleh Eko (anak sepupu isteriku)
Semoga hubungan kami berpanjangan... amin

Subscribe to:
Posts (Atom)